Ahad, 1 Julai 2012

YANG DAPAT DIHARAP DARI RAHMAT ALLAH

Abu laist meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a berkata: Saya telah mendegar Rasullah s.a.w. bersabda..maksudnye..
"Allah telah menjadikan rahmat dalam seratus bahagian,maka ditahan pada-Nya sembilan puluh sembilan, dan diturunkan di bumi satu bahagian, maka dengan satu bahagian itu masing-masing makhluk berkasih sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya kerana khuatir memijak anaknya."

Keterangan:: maknanya disini ialah, rahmat ALLAH itu ada seratus dan diturunkan hanya satu. Itu pun sudah memadai sehingga kasih sayang antara makhluk terjalin, sehinggakan kuda sanggup mengangkat kaki supaya tidak terpijak anaknya. Contohnya..ade sorang ni berjalan dah terlalu jauh dan berhari-hari tidak makan dan minum. Tibe-tibe terjumpe sungai..dengan gembiranya dia terus terjun ke dalam sungai itu. Segala rasa penat dan dahganya hilang, dengan hanya terjun ke dalam sungai..begitu la gamak nye...renung-renungkan dan selamat beramal
tengok......haiwan yang tiada perasaan dan akal fikiran
tambah pula berlainan spisis boleh pula berkasih sayang.
Ini kan pula manusia yang diberi akal dan fikiran supaya
berfikir dengan sebaiknya, ada juga yang bermusuhan
~renung-renungkan dan selamat beramal~